Thursday 25 June 2009

kita ni bermutu ke?

Da lama benda ni terpendam dalam lubuk hati..cume xluahkan je..selama ni aku wat dunno jerk..tapi tetiba harini hati terdetik tuk jadikan my very 1st article..

Aku teringat waktu awal2 masuk medic ni. Rase takut…”boleh ke aku buat ni?”. Result aku waktu sekolah menengah dulu pun tak sebagus mana. Pendek kata, tak terfikir pun layak utk ambik medic. Bila dtg sni, aku yakin ni semua takdir Allah…Allah bg peluang pd aku utk berbakti dgn profession sbg seorang doctor. Aku sgt kagum dgn org Arab, mmg Allah kurniakan kpd mereka ni kepandaian yg sgt unik. Pernah jgk aku tanye pd sorang kawan Arab ni…”korang ni sgt pandai kan.aku kagum dgn student Arab ni”. Then,budak tu jawab…”Kaum Arab ni dikurniakan dgn hafalan yg bagus, tp, pandai tu..tidaklah kot [sambil tersenyum2]…Apa2 pun, kami ni mungkin pandai,tp malas”.

Ok,aku sebenarnya tak nak cerita pasal org Arab ni. Aku dok sini,aku perhatikan je gelagat kawan2 aku. Jenis doctor mcm mane kita ni nnt ek…bukan ape,ada yg tak dtg kelas, ada yg main spot soalan exam,ada yg dtg lewat utk exam…ada jgk yg mengadu doctor ajar luar dr buku pd dean! Aku perhati jela,hampa..aku mengeluh pd diri.

PONTENG KELAS

Tak pernah lg aku tau, wujud fakulti yg benarkan student ponteng kelas. Kat sini, kehadiran ke kuliah tak wajib. Tp,secara jujurnya, aku tak salahkan sistem. yg penting, mcm mane student Malaysia nk sesuaikan diri dengan cara pembelajaran kt sini. Mungkin agak keras kata2 aku ni…bdk2 yg ponteng kelas ni agaknya tak fikir mak ayah dorang kot. Dah terasa diri terlalu superior. Dah rasa pandai sgt..atau mungkin jgk dorang rasa dah bebas,sbb mak ayah tak ada kt sini utk kawal dorang. Lagi satu…aku tak rasa belajar medic ni berkualiti klau setakat bace buku. Ilmu dr doctor kuliah pun penting jgk. Datang kuliah 2-3 kali je sebulan. Hampeh!

PERANGAI SPOT SOALAN

Aduhai saleha…apa barang spot2 soalan. Baca je ar smua benda yg doctor ajar. Kita ni nak jadi doctor manusia ke..nak jadi doctor atas kertas exam je? Cuba kaji dulu kerjaya sebagai seorang doctor ni. Kita akan berhadapan dgn penyakit yg bukan dr buku. Maksudnya, kita kena baca semua dan cuba fahamkan semua. Bukannya, baca apa yg rasa senang&soalan famous, dengan harapan kuar dlm exam, pastu tgk2 tak kuar pun…Baca je ar semua, ingat ataupun tak, bergantung kpd kekerapan kte membaca&mengulang…dan jugak rezeki Allah utk mengingat atau melupakan apa yg dh dibaca.

DATANG LEWAT UTK EXAM

Perangai ni adalah satu wabak yg aku tak tau mane datangnya. Wkt spm dulu, seingat aku, kena sampai dewan exam at least 10minit sebelum exam mula.ni tidak, waktu exam practical tu..ada pulak yg boleh pegi makan to’miyah, sedangkan giliran bdk Malaysia dah sampai. Aku pernah nampak bdk Arab yg masuk dewan exam awal dr org lain,pastu, duduk kat meja exam, baca Quran! Malulah aku..kita ni dah la dtg tempat org. dahtu,buat perangai pelik2 ni. Apalah agaknya yg doctor2 kuliah fikir ttg bdk Malaysia ni ek.

MENGADU

Adab…mmg sgt biadab. Wujud jgk spesis manusia mcm ni. Mana perginya adab kita sbg tolibul ilmi? Pengalaman doctor tu..penting..sgt mahal harganya. Salah ke doctor ajar luar dr buku? Benda yg diajar tu luar dr bidang medic ke? Klau kita belajar medic ni melalui integrated system, baru kita nampak significance nya maklumat yg luar dr buku U. “medic ni sgt byk nak kena hafal. Kami ni bukan jenis menghafal”…tak sangka ayat2 macam tu sampai ke telinga doctor kuliah. Lantak korang la,siapa suruh ambik medic. Bersedia je la dgn kesusahan yg mendatang. Tau complain je ek, tak cuba lgsg nak ubah diri utk sesuaikan dgn system yg ada. Bdk2 yg mengadu kt dean ni tak fikir pulak betapa tergurisnya hati doctor bila dia kena complain. Hilang keberkatan ilmu. Kadang2 aku rasa, kita ni terlampau berlagak. Complain itu ini. Aku tak kisah klau nak complain ttg facilities. Mmg hak kita, sbb kita bayar utk belajar dlm suasana sebaik mungkin. Tp, klo doctor ajar luar dr buku pun nak complain,mmg melampau la!

Kita semua kena fikir balik la. Aku nak kita tanya diri kita balik, bagus sgt ke kita ni? Dtg sini dgn result SPM straight A’s ke? Klau ye pun straight A’s..LAYAK ke kita nak berkelakuan buruk mcm beruk ni? Fikir ar…kenangkanlah balik kesusahan mak ayah mencari duit utk kita belajar sini. Beribu2 duit dorang habis. Klau dtg dgn penaja plk…kita dtg sini guna duit rakyat…tergamak kita buat mcm ni? Jenis doctor apa yg kita akan jd nnt? Manusia jenis apa kita ni? Tepuk dada,tanya iman..

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt my junior...

    saya puji kelanangan dan keberanian adik bersuara.
    soal ukhuwah tu saya kira adik tak perlu risau sangat, even kami first batch yang hanya ada beberapa 'ketul' student pompuan ni pun ambik masa untuk jadi rapat. finally masa tahun 2 tu ukhuwwah mula terasa, dengan join program2. so kena join program dan ramaikan kenalan, insyaAllah time will heal it.

    soal dtg lmbt, mengadu dan spot soalan tu, akak sendiri rasa terkena batang hidung. mmg kita kena sedar dan berubah.

    mudah2an teguran ini atas dasar kasih sayang sesama muslim.

    keep on moving!

    ReplyDelete